Pengalaman Si Bakal Ibu

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi!
Haii awak! Fuhh, still menghitung hari menunggu kehadiran si kecil kami yang dah tak berapa lama lagi masanya akan keluar. Alhamdulillah. Walaupun ada hari-hari yang sukar namun itulah menjadi pengalaman manis kepada ilaa sebagai bakal ibu. Maklumlah, mak kita dulu-dulu pun ada pengalaman mereka tersendiri dalam membesarkan anak-anak. Sekarang turn kita lah pula merasa semua tu.

Syukur diberi peluang untuk merasa menjadi ibu dalam masa umur yang masih muda serta suami yang memahami kehendak dan keperluan si isteri. Cari yang beriman bukan sekadar mendidik bab agama tetapi yang boleh mengajar kita tentang kehidupan dan menjadi isteri yang baik kepada suami serta keluarganya. Jangan bodohkan diri kerana cinta sebab semua itu merugikan diri-sendiri dan masa depan.

Nak berkongsi pengalaman sepanjang pregnant ni rasanya tak cukup satu hari.ahak!gurau je. apa yang ilaa boleh kongsi, ilaa mengalami alahan yang teruk for 1st trimesters pregnancy. diuji pula dalam bulan puasa and I lost 5kg dalam masa sebulan. dah nama alahan kan, makan muntah minum muntah. bau wangi ke busuk ke wajib muntah. paling ilaa ingat sampai sekarang tak boleh bau shower cream life buoy yang merah tu. nak pengsan bila bau tu sampai lah sekarang.

Masa tu ya Allah give up dah. macam nak berhenti kerja je. Alhamdulillah Allah masih kuatkan semangat ilaa. mampu lagi pergi kerja walaupun kadang-kadang terpaksa balik rumah sebelum habis waktu ofis hour. at that time, husband being the most helpful person. penyabar dan memahami keadaan ilaa masa tu. siapa tak kasihankan bini oii if hari-hari muntah. dah macam jaga orang sakit dah kan. semoga husband dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dalam kehidupan hingga akhir hayat.

satu lagi alahan yang paling tak masuk akal bila ilaa tak boleh kena air sejuk bermula pukul 6 pagi hingga 7 pagi. sangat-sangat pelik ok!if ilaa kena je air dalam waktu tu, ilaa wajib MUNTAH HIJAU. rasa macam semua urat-urat ni nak keluar daripada badan. mashaAllah. sakit tu tak boleh cakap. dahsyat kan ujian orang mengandung ni. terpaksa tahan disebabkan ilaa bekerja. muntah pun muntahlah. takkan nak pi kerja tanpa mandi. eeuuuww, ku rela muntah ok.hahaha. 

semua ni ilaa tulis dalam blog sebab nanti dah dapat baby, semua susah payah dan ujian serta pengalaman sepanjang pregnant ilaa dapat baca balik. bagus tak?^__^. bagi ilaa semua yang terjadi ni bersebab. nak jadikan kite orang yang bersyukur ketika sihat, tahu erti tanggungjawab, menghargai orang sekeliling kita especially suami, mak ayah, adik beradik serta mertua. betul tak?if kite selalu je senang, sihat dan tak pernah diuji, maybe kite leka dan terus leka dengan nikmat dunia. percayalahhh .

untuk bakal ibu di luar sana, bersyukur lah kerana anda dapat nikmat yang mungkin orang lain tak boleh merasa. once dah dapat peluang menjadi seorang ibu yang bakal melahirkan khalifah Allah di muka bumi ni, maka ayuh sama-samalah kita mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. InshaAllah.aamiin





Post a Comment

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan (Kelantan)

Bukan Takde Jodoh

CIMB CLICK