Officially Taken by AIZ



Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Seminggu ilaa bercuti rasa macam malas plak nak mula kerja.demm. datang ofis ramai plak yang cuti. maklumlah end year macam ni ramai yang amek peluang untuk pergi bercuti dengan keluarga,spend time together but not me. kenapa?jeng2..moh dengar coretan ilaa sebelum basi dek masa. 

Pada 24 Disember 2015 (Khamis) bersamaan dengan tarikh Maulidur Rasul, berlangsungnya majlis pertunangan ilaa secara kecilan. tak sangka semua ni berlaku dalam masa yang sangat singkat. no pelamin no majlis makan besar ,hanya keluarga terdekat sahaja yang ada. sebelah pihak lelaki around 10 orang je dan sebelah ilaa , maa abah dan adik-beradik ilaa. cukup simple. Mulanya kami merancang untuk merisik sahaja, tapi my maa punya excited dia tukarkan kepada majlis pertunangan and of course my mil and fil happy bila dapat tahu maa punya planning.

Ikutkan planning asal, mil and fil nak buat hari Jumaat tup-tup dorang cakap better buat hari yang baik iaitu Khamis sempena hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. buat majlis sambil ambil berkat katanya. my maa abah setuju dengan tarikh tersebut. segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. ilaa tak nak kongsikan gambar majlis pertunangan tu disebabkan FP tak suka benda macam ni dihebohkan lagipun pertunangan ni harus disembunyikan. So, ilaa memilih untuk menulis dalam blog walaupun FP tak berapa setuju.ngee..*degil.

To my friends, sorry ilaa tak invite sebab ilaa memang buat majlis anak-beranak je. nanti majlis nikah, ilaa akan invite korang ok?cun. terima kasih. You noe wat, ilaa pernah berdoa agar taun ni ilaa punye status bertukar, syukur Allah Maha Mendengar. Masa ilaa doa tu macam nak and tak nak, yakin ngan tak benda ni boleh jadi. hahaha..benarlah orang cakap, manusia merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cintaNya.

Sebenarnya ilaa nak share satu RAHSIA besar. korang bila dah buntu terlalu memikirkan jodoh sampai lupa Allah,  you have to back to the basic. my mean are you need to do solat hajat and solat taubat supaya Allah permudahkan segala urusan kita dunia akhirat. masa tu nikmat dan hikmah dunia akan follow kita slow-slow. caya lah cakap ilaa, bila susah dan senang kita ingat Allah, Allah akan bantu kita ketika susah dan senang kita. tips ni sangat2 berguna. tak rugi if korang follow. trust me!

kadang-kadang, kite kena check balik diri-sendiri samada dah jauh lalai ataupun kita sendiri tak perasan hubungan kita dengan Allah macam mana. Once Allah dah bagi ujian besar macam ni, baru tahu yang Allah rindu sangat nak dengar doa daripada kita. rintihan by rintihan. Subhanallah, masa tu korang akan rasa tenang dan satu perasaan yang tak tergambar dengan perkataan. see, Allah tu sangat sayangkan hambaNya. jangan sesekali lupa dia.

Sesiapapon nak pasangan kite seorang yang beriman, mithali dan baik kan?jadi kita terlebih dahulu kena jadi baik, kena berubah. yes, siapa lagi kalau bukan kita yang harus memulakan 1st step. InshaAllah, dengan niat dan usaha tersebut, Allah akan bukakan hati kita dan pasangan untuk sama-sama berubah. Toleransi dan komunikasi major role dalam sesuatu relationship. setuju tak?

tu je ilaa nak share. if korang ada tips lain, boleh lah drop komen dekat bawah ni ok sayang?

okbai!





Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri