Kau Redha Kau Dapat yang Terbaik

 

Assalamualaikum dan selamat petang..
Alhamdulillah, kami dah selesai moves ke pejabat baru. Nampaknya banyak lagi nak kena kemas ni. Takpe, new environment new hope new semangat. gittew.

Kau redha kau dapat yang terbaik. Mesti dah paham kan apa maksud ilaa. Tahu tak orang yang betul-betul redha ni orang yang banyak berusaha dan kerja keras demi mendapatkan sesuatu, akhirnya dorang tawakkal dengan apa pon hasil kerja mereka selepas tu. if hasilnya mendukacitakan, maka kau kena redha seredhanya dengan ketentuan Allah.

jangan sesekali mengungkit dengan Allah sebab Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. kita sekadar merancang dan yang berhak menentukannya adalah Allah. Bila mana kau redha dengan perancangan Allah, maka Dia menggantikan kegagalan dan kekecewaan itu dengan sesuatu yang lebih baik. maybe berjuta-juta ganda lebih baik untuk hidup kita.

begitu jugak dalam hal jodoh. kau tak dapat hari ni, mungkin esok lusa kau dapat orang yang betul-betul memahami dan ikhlas sayangkan kau. paham kan?Allah tak pernah mengecewakan hambaNya tiap kali Dia memberi ujian dan dugaan yang berat kepada hamba yang terpilih. Dia sayangkan kau. Dia rindukan rayuan doa daripada hambaNya.

Dia tak nak kau lalai dan terus leka dengan kemewahan dunia yang kian buat kau menjauh dengan agama. itulah sebab Allah bagi ujian. makin banyak ujian makin kita kuat. tak ramai yang mampu menangkis ujian ni sehingga akhir. ada yang tersungkur tengah jalan. ada yang rebah and tak nak bangun. dengan perkataan yang paling senang ialah GIVE UP!.

Kau kategori mana?

p/s : berbaliklah pada keikhlasan hati. jika benar kesukaran membawa kebaikan dan kekuatan, maka bertabahlah.

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan (Kelantan)

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri

Bukan Takde Jodoh