PJJ (Percintaan Jarak Jauh)


Assalamualaikum..
Selamat pagi. Bulan Syawal dah berakhir. Dah masuk bulan Zulkaedah dah kite ni. Aish, maknanya dah nak sampai akhir tahun 2015. Cepatnya masa berlalu. Cepat sangat. Jums baca celoteh kosong ilaa pasal jarak ni. Not me. Tak pernah bercinta jarak jauh. Macamlah pernah bercinta banyak kali. Hampeh! Ni ilaa cerita sal member. JARAK dan UJIAN. If ilaa, memang tak nak diuji dengan PJJ (perkahwinan/percintaan jarak jauh) tapi apakan daya if semua tu sudah tertulis oleh takdir.

Perempuan atau lelaki sama je dalam hal cemburu ni. Cuma berbeza pada ego dan sikap. Setuju tak?Yes! PJJ banyak menguji kesetiaan, keimanan dan sikap toleransi pasangan. Sekarang ni tak heran, zaman serba canggih ni dorang boleh guna skype,facetime and pelbagai media sosial untuk berhubung dengan pasangan. Dulu maybe boleh dengar suara je kan. Ada untungnye jugak perkembangan teknologi terkini. Ambik kebaikan dan buang keburukan.

Ilaa memang takde experience dlm PJJ ni tapi apa yang ilaa boleh lihat, PJJ ni agak mencabar kepada setiap pasangan yang dah kahwin. Mana taknya, tiap hari pasti kita akan tertanya-tanya apa pasangan kita sedang buat, dah makan ke belum, baju dah basuh ke tak dan yang paling kita risau pergaulan mereka di tempat kerja macam mana. Lebih merisaukan bila si suami terpaksa tinggalkan anak bersama-sama si isteri. waaa, cukup tak kuat bila pikir semua ni. Salute korang PJJ!!

Tapi ilaa pernah tanya ofismate, how they facing this every single day without their husband. They said ' Wajib call/mesej setiap hari untuk mengetahui keadaan pasangan nun jauh di sana'. Dorang cakap rasa macam kembali zaman bercinta. Telefon tak lekang di tangan. Tak kesahlah kan sebab dah jadi suami isteri. Bila jumpe, SubhanaAllah tak boleh cakap perasaan hepi tu kan. Gils laa if tak kan?hee


Btw,  tiap perlakuan isteri kepada suami or suami kepada isteri semuanya dapat pahala. betoi tak?rindu pada pasangan pon dapat pahala. Khas untuk yang dah kahwin laa. hee.okehlaa, dah jauh merepek dan merapu. Mohon positifkan diri dalam sesuatu perkara. Avoid negative thinking. InshaAllah semuanya pasti berjalan dengan baik. Hidup berkat, akal sihat dan minda yang waras. 
Kbai!


Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri