Love Quote








 


Another post untuk blog ilaasuhailaa. kali ni berkesempatan untuk berceloteh pasai tuu..haa kat atas tuu. LOVE QUOTE. tak habis-habis pasai cinta cintun ni kan. alahai, letih nak layan perasaan sendiri dan jugak orang lain. bukan apa, kadang-kadang tak tahu ending nya macam mana. karang sinopsis dah cantik tapi bila masuk klimaks, runsing dah nak cari idea apa. JEM TERUIH.

syukur lah korang kalau ada insan yang hadir untuk jaga daripada jauh. sentiasa bertanya khabar, makan minum dan suruh jaga kesihatan. fuhh, beruntung badan boleh orang caring camtu tapi tetap tak boleh kalahkan dua insan special dalam dunia ni. tahu tak sapa?of course la mak ayah kita. takpe, yang tu kita dah tersedia maklum kan sayang. ni orang yang bakal menjadi peneman dunia dan akhirat kita. iye dop?

alhamdulillah, pengalaman ilaa sebelum ni di hadirkan 'kawan-kawan' yang cukup baik hati. susah senang dorang pasti ada memberi semangat. teringat plak masa ilaa sakit. mesti kena paksa pi klinik. if tak pi klinik, dia sendiri datang bawak. sampai camtu skali dorang jaga ilaa. bertuah badan kan dapat kawan camtu. kalau tak makan, wajib dia membebel. kalau setakat membebel ilaa tak kesah, dalam 5 or 10 minit tup-tup dah ada depan mata siap beli nasi bungkus lagi.

kalah ai punye EX dulu. wew, sebab tu ilaa pilih untuk berkawan daripada couple. seriously, bila berkawan, kita punya gile-gile lain. tak perlu control cara dan gaya bercakap. ohoi, suka sangat bila tak perlu jadi orang lain. boleh je bertukar pendapat. no king and queen control. nak keluar dengan sapa-sapa pon tak perlu nak report. yelakan, if pakwe wajib dah kena soal siasat from A to Z. grr, agak rimas.

sekarang pom cukup syukur bila kawan baru ni sebijik macam kawan yang lama. cara dia menegur kesalahan kita. jaga kita macam family dia. be one part of him not be part of his life.nonono. correction ok. biarlah status kawan ni kekal sampai bila-bila. inshaAllah. kalau ada jodoh tak ke mana. apa yang salah dia tegur apa yang kurang dia tambah. thanx coz always being with me.

for your  information, ilaa lebih cepat menangis kerana kawan daripada pakwe sendiri.*cerita dahulu kala. tak caya ek?tak tipu ni. disebabkan ilaa lebih sayangkan nilai sahabat daripada zero couple ni. ex dulu pom boleh geleng kepala dengan perangai ila. yelakan , reason ilaa keluarkan statement ni sebab kawan sentiasa ada dengan kita susah senang. boleh share everything. dengan pakwe mesti ada limit dalam sharing certain things. tersalah cerita boleh perang besar.setuju tak?

sekarang, lebih selesa dengan status berkawan. ilaa tak kesah kalau orang pikir ilaa couple disebabkan kitaorang terlalu rapat kan. no body know the truth. *macam artis plop kuar statement gitu . by da way, ilaa cukup hepy dengan keadaan sekarang berbanding dengan dahulu kala. cukup serik dah nak couple. king control tu dah jadi perkataan paling ilaa benci since that things happened. thats why I choose berkawan.

memang adakalanya control tu baik untuk diri sendiri tapi if terlampau sangat, jadi rimas sayang. kita ada mak ayah lagi nak control benda tu. jadi orang lain tak payah susahkan diri nak control hidup pasangan dorang. melainkan dah jadi suami or pasangan korang. nak control certain things untuk kebaikan diri takpe. ni sampai diri sendiri tak boleh sosialis tu quite over lah kan.

tapi semua tu terpulang kepada tahap penerimaan korang. ada je orang boleh terima dengan semua ni. disebabkan apa?sayang punye hal kan. sanggup je tutup sebelah mata. yang mana korang rasa baik, korang ikot, if tak sila go on. tiap orang punye pandangan dan pendapat yang berbeza. jadi tak perlulah memaksa bagai lebih-lebih lagi dalam soal hati dan perasaan.

k bai!


Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri