Bukan Tak Nak Tapi Belum Masanya Lagi



Assalamualaikum w.b.t.
Selamat pagi dan selamat bekerja. Macam biasa hari pertama bekerja agak susah nak cari mood bekerja. Sunday mood la konon-kononnya . Woooahhh, jomlah dengar dan baca apa yang ilaa nak berceloteh dan membebel di pagi hari yang errrr quite malas. Baca jangan sampai meleleh air liur pasai mengantok layan blog ilaa. kang ilaa tarik hidung korang. *macamlah boleh nampak.

Bukan tak nak tapi belum sampai masanya lagi. apa dia?jodoh lah sayang. soalan cepu mas cepu perak dan gangsa ni akan datang bila kita attend kenduri kahwin. sanak saudara dan sahabat handai menjadi sasaran utama. for me its just a simple question but nak bagi jawapan tu grr pikir banyak kali. kenapa?takut tersalah cakap ke apa ke. nak bagi answer yang boleh show good manner la katakan.

Kawan ilaa selalu je membebel dia cakap kalau bab jodoh, laju je ilaa menyampuk or ada modal. haa, dia tak tahu yang kita ni bukan setakat minat cakap pasal ni siap buat bacaan sendiri. tak cukup dengan tu, buat pemerhatian orang sekeliling. amek kau, baru tahu ilaa ni camne. ehh, perasan tak macam dah lari topik asal plak. aduih, nak jalan straight pi corner cabang lain. macam-macam lah kan.

sayang-sayang sekalian alam, jodoh ni kadang-kadang boleh jadi isu sensitif. well, benda yang wajib dalam hidup kita. mencari pasangan dan meramaikan umat Nabi Muhammad. benda termaktub dalam Al-Quran dan satu lumrah kehidupan. JODOH. Ye, jodoh ni tak boleh dipaksa dan tak boleh juga memaksa. sampai masa, akan hadir pada waktu yang tepat dan walaupun lambat. ehh Senah, kau tak jeles ke tengok orang bahagia ada suami dan anak?uit mulut, laser je kan ajukan soalan camtu.

ada orang mempunyai keinginan untuk kahwin awal namun kekangan dari segi kewangan, masa dan kemampuan itu menjadi faktor utama untuk mendirikan rumah tangga dalam usia muda. percayalah, benda yang baik, Allah akan sentiasa tolong dalam sedar atau tidak. sabar lah selagi boleh tapi kena lah juga usaha nak tunaikan benda tu. jangan banyak cakap tapi habuk pom takdo. Perkahwinan adalah satu TANGGUNGJAWAB yang besar. bukan sekadar bahagia berpasangan namun disitulah bermulanya UJIAN dalam mengenali kelemahan dan kelebihan pasangan.

korang tengok dah jadi trend di awal perkahwinan tiap benda nak upload dalam facebook. bila dah ada masalah, dorang bercerita jugak dalam fb. adoi-adoi, dengan secara tak sengaja dah mengaibkan pasangan. bukan kawan dalam Malaysia je bahkan satu dunia. SATU DUNIA tau. please la sorokkan semua tu daripada tatapan umum. tak kiralah bahagia or derita. banyak mulut dan mata memandang dan banyak jugak pengadil yang tak bertauliah dekat luar sana.

Pesanan untuk diri -sendiri dan kawan-kawan di luar sana :
Wujudnya kita dalam rahim bonda tersayang seawal 40 hari, Allah sudah tetapkan 3 perkara iaitu rezeki, ajal maut dan jodoh. kita runsing dek kerana umur, persaingan dan banyak faktor terdekat. dari situ rasa diri tercabar. bukan kerana tak laku tapi gagal dalam mengawal emosi. korang, pandanglah semua tu dari segi positif. jodohmu sedang bersiap sedia dalam melengkapkan diri untuk menjadi pemimpin,ayah dan suami yang berguna untukmu kelak.Semoga suatu hari nanti, akan tiba masanya semua itu tercapai dan kebahagiaan milik kita semua. aaminn.






Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri