Tuesday Mood



Assalamualaikum..
Mengantuknya bila dah tak cukup tido. Breakfast pon tak. aiyak, macam mana kerja nak ok kalo tenaga dalam badan pon takde. korang pernah tak susah nak berterus-terang dekat orang yang kita rapat? seriously, ila dah banyak kali pernah berada dalam situasi ni.

Sebenarnya niat kita tu sebab tak nak sakitkan hati dia bukan apa. tak nak bagi dia terlalu banyak fikir masalah kita. lebih-lebih lagi melibatkan perasaan. mana taknya, runsing dorang pikir lain daripada tujuan kita. nevermind, hidup kalau takde masalah itu bukan namanya hidup.

paling senang nak dapatkan semangat untuk teruskan hidup ni adalah dekatkan diri dengan Allah. lakukan apa yang Dia suruh dan tinggalkan laranganNya. ila jugak suka dengar motivasi daripada penceramah dan ustaz-ustaz. terkadang apa yang dorang sampaikan, sangat-sangat memberi kesan pada semangat diri.

pernah satu ketika dahulu kawan ila sindir ila. dia cakap kalau kita mengadu pada manusia,kita takkan dapat apa-apa. memang ada betulnya jugak tapi ila ni suka kalau sahabat kita sendiri boleh kongsi pendapat dan semangat kepada kita. tak salahkan sayang?

papepon, semua itu bergantung pada diri sendiri. if kita pilih jalan salah, maka pengakhirannya jugak tidak baek. sekiranya kita sedar di pertengahan jalan, maka Allah akan membantu kita dalam setiap langkah. InshaAllah.


Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri