Teman Alam Maya

Wednesday, December 11, 2013

Cinta dan sayang


Tak lengkap hidup tanpa cinta kepada Allah dan Rasulullah
Tak lengkap hidup tanpa cinta kepada mak dan ayah
Tak lengkap hidup tanpa cinta kepada orang sekeliling kita

Haaa..mai dah mai dah cerita ilaasuhailaa. Ila terpanggil untuk berbicara pasal cinta sebab semua orang 'wajib' merasai cinta dan cinta itu tak semestinya kepada kekasih or jantung hempedu korang tu. Cinta itu luas dan bagi kepada yang selayaknya.

Cinta manusia ni memang ada baik buruknya tetapi jangan sampai makan diri sendiri. Minta dengan Allah biar hadirkan cinta itu kepada orang yang melabuhkan cinta kepada Pencipta. Nescaya dia adalah sebaik-baik pasangan kita.

Sayang jangan lebih-lebih sebab semua itu boleh je hilang dalam sekelip mata. Sesuatu perkara itu takkan terjadi kalau kita sendiri yang mulakan semua itu. Remember! Jangan ingat  orang yang sayang kita tu selamanya sayang kecuali dia ikhlas dalam memberi cinta.

Lagikan laut yang tenang boleh bergelora bila-bila masa apatah lagi hati manusia yang boleh berubah pada bila-bila masa. Inshaallah, segalanya baik if kita betulkan niat kita.

p/s : mencari yang terbaik mmg memerlukan masa dan pengorbanan. So, berdoa dan berusaha adalah lebih baik.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...