Posts

Showing posts from July 15, 2012

Butir Nangka Juadah Berbuka Puasa

Image
tak nampak macam butir nangka.. =.=''
thanx maa untuk kuih muih santapan untuk berbuka..korang plak kuih pe untuk berbuka nie? :-)

Ramadhan datang lagi

Image
harap maaf..saya budak baru belajar nak buat doodle..senyum tak perlu kate apa-apa..
selamat Berpuasa semua..jangan ponteng puasa ye! Allah marah..

Kelebihan solat terawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala…

Miss childhood memory

Image
sumber : facebook
assalamualaikumm..dah nak puasa ye kite..aish,dah tak sabar dah ila..tetiba teringat zaman kanak-kanak dulu..walaupun puasa,petang2 pergi kedai beli gula2 macam kat atas nie untuk jadi makanan selepas berbuka sebab tak pergi lagi terawih kan.. :-)
time berbuka tu,duk teringatkan gula2 yang dibeli petang tu..eksaited macam tak pernah makan.padahal hari2 makan,cuma bezanya makan pada bulan puasa..kecik2 dulu,puasa pun tak reti letih..asyik duk maen kejar2 macam upin ipin tuu..seronoknya bile ingat balek semua tu..just nice!
nak semua tu berulang tu tak mungkin..dah besar panjang dah.hehe..by the way,harap Ramadhan tahun ni berjalan dengan lancar dengan kedatangan anak saudara yang makin bertambah nie..insyaAllah..

Doodle yang Ohsemm!

Image
cakkk!! alahai..terjumpe satu lagi blog doodle yang kiut miut nie..aish,men'jeleskan' diri dengan blogger yang kreatif nie..siap boleh gerak2 lagi doodle dorang..blog kat atas nie milik CCI.. ila jumpe blog nie melalui blog sis Azzah


disebabkan selalu follow up blog sis Azzahlah ila jumpe ramai lagi blogger yang pandai lukis doodle..pengsan jap bile tengok lukisan dorang nie..ishh,macam mana lah dorang boleh terpikir lukis doodle yang superb nie..