Posts

Showing posts from May 20, 2012

Maher Zain - Number One For Me

Image

Kembar Ila dah Konvo..Tahniah!

Image
ilie iliahus
assalamualaikum semua..salam Rejab kepada semua muslimin dan muslimah seluruh dunia.semoga dengan bulan yang penuh keberkatan nie,kite boleh hijrahkan hati kita supaya lebih dekat kepada Allah..
tengok tak gambar kat atas tu?sama tak dengan muka ila?haiyya..macam mana nak compare dengan ila kalo ila tak letak gambar ila jugak..takpela..tengok dia macam tengok ila jer..*lainyaa ila tembam dia kurus..urh! nilah kembar ila..si ilie..
dia konvo awal sebab dia ambil diploma sains kesetiausahaan..2 tahun je..sungguh jeles..ila jugaklah 3 tahun..alhamdulillah berakhir jugak tahun dengan baik..okehla..tak mau berceloteh banyak..mood sekarang teruja nak merasai konvo tahun depan..heee..
baibaii.. ^^,



Selamat Datang Wahai Bulan Mulia

Image
assalamualaikum w.b.t..pejam celik pejam celik..dah masuk bulan rejab.bulan yang penuh keberkatan dan bulan yang dapat kite kumpul pahala yang banyak untuk bekalan akhirat sana..ila nak kongsikan dengan korang semua sumber yg ila dpt daripada facebook..
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

1. Hijrah Pertama Dalam Islam

Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

2. Israk dan Mikraj

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqd…