Malas..Rajin..Malas..Rajin..

hermm...saya nak tido.maen jauh-jauh nuh..

haiii...Assalamualaikum sayang semua..!!
Wah, mula-mula entry lagi dah tepek menatang kat atas nie. Nampak sangat mood kemalasan nie menjadi-jadi. Tapi, apa yang malasnya wahai Ilasuhaila..?

Sebenarnya ila dah bercuti selama seminggu. Maka esok bermula lah kerja dahku untuk sesi pendaftaran students baru di funmath tuition centre . Oleh itu, segala kemalasan, segala kelemakan dan segala mood negatif nie haruslah dibuang kerana kita kerja kerana Allah, bukan kerana manusia..

Cehh, tadi kemaen cakap malas sampai tahap gaban, pastu motibasi diri sendiri plak. Tak salah lah nak naikkan semangat diri sendiri. Kadang-kadang tak perlu buang masa lah nak hadap orang bagi ceramah, kita sendiri boleh sedarkan diri sendiri if kita sendiri lah kan nak sedar. Kalau tak, macam tu jugak lah kedudukan kita.

Eh..lupa,tak lama lagi kita kan nak masuk 2013 (cepatnyaa..) so, kena tanam azam baru dan semangat barulah nampaknya. Tapi 2012 tu janganlah terkubur gitu je. Jadikan pengajaran untuk tahun baru. Carry forward macam akaun plak kan..kihkih..

By the way, ila doakan yang terbaik untuk semua dan untuk diri ila sendiri. Hidup kalau tiada usaha untuk maju memang tak ke mana. Jangan harapkan rezki jatuh ke riba kalau semua itu kita tidak usaha. Serba sedikit kata-kata nasihat daripada ilasuhaila

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri