Kenangan


Assalamualaikum..
Sambil layan muzik yang kedengaran dalam blog ila walau agak terasa menganggu tetapi kadang-kadang best jugak dengar. Bila dengar muzik camni, tetiba kenangan lama bersama-sama kawan-kawan sekolah rendah, sekolah menengah,sekolah teknik dan kawan-kawan di Politeknik datang menerjah..

Teringat gurau senda bersama-sama kawan kawan time hujan macam nie. Perasaan tu tak boleh nak cakap macam mana. Kawan tak kira la laki ke perempuan ke, masing-masing bergurau senda dengan kenakalan mereka. Bergelak tawa, bermasam muka, kejar mengejar (zaman budak2) dan macam-macam lagi.

Bila dah besar, still bergurau nakal dengan member. Alahai, nak nanges je rasa ingat balik semua tu. Time snap gambar plak, ada yang muncung,kembung pipi, buat2 pandang laki ensem, tarik tangan dan banyak lagilah. That is really precious moment to me

Sekarang, ada yang continue belajar dan ada yang sudah berkerja. Masing-masing dah matang dan mencari haluan hidup sendiri. Mencari masa depan yang pasti. Dah tiada zaman kau ngorat aku, aku ngorat kau.teheee.. Senyum sorang-sorang ingat semua tu..

Kawan,sahabat,teman..Semoga perjuanganmu pada masa hadapan akan lebih cerah dan sentiasa berada dalam keberkatan Allah s.w.t..Sesungguhnya tiap perancangan , pasti ada kejayaan dan kegagalan. Ila doakan agar kamu semua berjaya di dunia dan akhirat..aminn

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan (Kelantan)

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri

Bukan Takde Jodoh