Jangan Riak Dengan Kelebihan Diri

hai..assalamualaikum..sambil blogwalking ada jugak kan ilmu kita dapat.sape kate buat blog takde faedah ce cakap?yang takde faedah kalau kita sendiri buat benda tu jadik takde kebaikan..betol tak?so,pikir2 kanlah sayang2 semua..

'Jangan Riak Dengan Kelebihan Diri' yes, itu tajuk yang ila nak membebel dalam blog malam nie..cer kite tengok sekeliling kite..ada yang diberi kehidupan yang mewah..ada yang serba kekurangan..ada yang diberi kelebihan dalam kebijaksanaan,ada yang low macam ila nie,ada yang sentiasa 'humble' dengan kelebihan diri dan tak lupe ada yang 'angkuh' dengan kelebihan diri..

Itulah manusia, memang tak lari daripada sikap seperti itu. Apatah lagi kite bergelar manusia biasa. Dalam keadaan tidak sedar, kite riak (boleh dimaafkan kalau tak sengaja).. kalau memang tahu dan sedar, serta cube berlagak dengan kelebihan diri macam mana?itu hal dorang..hak dorang..kite sekadar boleh nasihat ataupun geleng kepala..ish3..

wahai sayang-sayang semua, semua kelebihan dan kekurangan itu adalah kurniaan Allah. Bezanya macam mana cara kita nak atasi semua itu. Ujian Allah tak semestinya dengan bagi ujian dalam bentuk kesusahan tapi kadang-kadang dalam bentuk kesenangan juga..jangan lupa Allah itu Maha Adil..Dia layak menguji hambaNya dengan cara Dia mahukan..

Ada manusia yang sentiasa berjaga-jaga dengan tingkahlaku mereka..ada juga yang mudah lalai,alpa dengan ujian tersebut.. Jika niat kite dalam hidup ini untuk melakukan sebarang pekerjaan dengan ikhlas, maka Allah turut memberkati pekerjaan kita tapi kalau sebaliknya?pandai-pandailah korang fikir..

p/s : kehidupan dunia tak beri jaminan apa2 diakhirat sekiranya kite sentiasa mengejar dunia..

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri