<
IlaaSuhailaa
follow lah dengan ikhlas
Thursday, November 3, 2011 • November 03, 2011 • 10 comments


selamat malam..sweat sweet dreams you ols..itulah ucapan buat teman sebelum tido..tapi sebelom tu ila nak bincangkan lah sal follow memfollow nie..walaupun isu nie dah lapuk ditelan zaman..tetap nak gak cakap dalam entry kali nie..

buat rakan bloggers sekalian alam..jangan ssekali pakse orang utk follow blog kite..cer korang pilih nak orang just follow then blah gitu je tanpa baca entry ataupun pilih follower setia yang sentiasa menantikan entry kite?pilih cepat... :D

terpulanglah kat korang semua..yg mane baek kite buat..yg mane tak kite jauhkan..hehe

hari raya aidiladha..
• November 03, 2011 • 0 comments


imej google

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

pandangan berbeza boleh dilihat melalui..
Wednesday, November 2, 2011 • November 02, 2011 • 3 comments

imej google

assalamualaikum dan salam satu Malaysia..wah2..macam nak jadik pemberita pula dah..
okehlah..takmo membebel panjang..ayuh kite berbincang pasal tajuk entry kite pada kali nie..iaitu pandangan berbeza boleh dilihat melalui :

- percakapan (group discussions)
- perdebatan
- melalui komen
- pendapat

tak caye?tengok keadaan sekeliling kite ataupun dalam blog korang sendiri..kalau ada yang tak setuju dengan entry kite pasti ada yang menegur..pasti ada cik anom yang mencaci..dan pasti ada yg bagi tambahan pendapat..yang bagi tambahan pendapat tu oke r..

tapi yang mengutuk dan mencaci tu cukup2 tak baek okeh..sebab kite diajar dengan cara yg penuh tatatertib utk menegur orang laen atau kasi pendapat..pe salahnya komen dan kasi pendapat elok2..jangan sampai kua ayat macam sampah..orang bace pom panas hati..sakit hati..makan hati..semuaalah..

jadi..di mana sahaje kite perlu tahu cara yang betol dalam memberi pendapat atau teguran kerana teguran yang baek dapat memberi kebaekan kepada orang yang ditegur tu...bai2..




Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)
< Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: IlaaSuhailaa