<
IlaaSuhailaa
waaahh..terselamat satu batang..
Saturday, July 2, 2011 • July 02, 2011 • 2 comments

imej atok google

alhamdulillah..perang da tamat..lalalaala..muahaa..ini antara aku dgn dentist pagi tadi..
jom ikuti pe yang aku duk membebel dgn dentist nie..naseb baek perempuan..kalo laki..ku tutup terus mulut nie.. :

dentist : adik nak cabut gigi yang mane satu? *terasa diriku masih budak lagii..
aku      : gigi kat atas nie..(tangan da sejuk..hati berdeba2)
dentist : meh saya tengok..sambil2 duk belek gigi aku..
aku      : (selawat tak putus2)..cayolah..
dentist : eh adik..gigi adik kukuh lagi nie..tak sayang gigi ker..?umur berapa nie?
aku      : err...20 tahun.. 
dentist : adik..saya nasihatkan baek jgn cabut gigi nie..tampal jer gigi berlubang nie..
aku      : erm..(dalam dua lagi nak cabut ke nak tampal)..tampal je la
sambil duk prepare nak tampal gigi berlubang aku.. dentist tu pom cakap

dentist  :jarang sekali org mude macam awk nie nak cabut gigi.. (aku mule perasan tahap gaban)
aku       :aku?senyum aje

selepas tu..proses penampalan gigi berlubang diteruskan..sakit dooo..dia cuci habis-habisan..terasa sengal tak bleh nak cakap..berbaloi abis rm55..*perlu ke cakap.. x.X

1st time nie kan aku tampal gigi berlubang..biasanya aku decide cabut jer..amacam..berani tak aku?muahaha

sekarang da tak sakit da..sayang dentist tu ketat2..haha


aku bakal kehilangan... x_x
Friday, July 1, 2011 • July 01, 2011 • 6 comments

imej atok google

maaaaaaaaaa!! abahhhh!! tolong..........waaaaaa....
gile ke ape aku nie..tak pasai2 menjerit..takde angin takder ribut..takde hujan..*ada hangin kipas..*_*

relax2..sebenarnye aku bakal kehilangan satu batang gigi yang sememangnye buat aku menderita dan tidak dpt tido malam dgn lena..sebab tu putera raja dalam mimpi tu asyik tak jadi datang..tehee

esok..aku bakal berdepan dgn doktor gigi dan bakal ku hantam habis-habisan si durjana yg selalu menyakitkan gigi aku nie..ceh..sewel plop aku malam nie..

arap2 xde masalah lah esok..arap2 xde efek sgt..karang demam ..tak ter'update lah blog nie..chauu chin chauu!!



blog bukan satu tempat untuk menfitnah..mencaci..dan merendahkan martabat orang lain..
Thursday, June 30, 2011 • June 30, 2011 • 6 comments

assalamualaikum semua..hari nie jari jemari aku rajin blogwalking..tapi sesungguhnya aku menyesal dgn hasil blogwalking nie..kenape?aku jumpe blog pasal...

- mendedahkan aib orang laen..xkire artis ke sape2 ke
- terjumpa blog pasal isu politik..(aku tak suke campur hal politik)..
- mengutuk negeri yang tak disukai..layakkah kite utk judge semua tu?


banyak lagi aku nak listkan tapi biarkan ia terkubur..makin dipikir makin geram pom ada..
sepatutnye blog nie sebagai satu medium utk berkongsi ilmu..satu peluang utk menjalankan perniagaan..mengenali sahabat alam maya semata-mata utk bertukar pendapat...

kalo semua nie disalah gune..tak gune blog nie diwujudkan..aku tabik spring bagi blogger yg pandai memanfaatkan blog nie secara baek..atleast dorang menghiburkan pembaca..bukan kasi hangin satu badan..

kemudahan yg makin disalah gunakan nie boleh mengakibatkan perpecahan perpaduan dalam masyarakat..harap2..sebelum menulis..pastikan ia tidak melibatkan maruah orang laen..

penulisan kite kadang2 tidak melambangkan diri sendiri..haish..mane tahu dalam blog kecoh kat lua orangnye pendiam..haaa...jawablah sendiri.. +.+

Batasan pergaulan lelaki, wanita bukan mahram - tazkirah jumaat
• June 30, 2011 • 2 comments




ALAM remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.
Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, ‘sesungguhnya aku takut kepada Allah.’” 
Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’

Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram.

Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.

Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. Kali ini penulis tampilkan batas-batas dalam pergaulan supaya menjadi bimbingan kepada khalayak remaja sekalian, iaitu:

1) Pandangan
2) Pertemuan
3) Percakapan
4) Berjabat tangan
5) Bersentuhan badan

Pandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan.

Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud: “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka...”

Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka...” dari kedua-dua ayat itu kita dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja.

Pandangannya pula tidak keterlaluan atau memandang melampaui batas sehingga menerbitkan hawa nafsu sesama sendiri. Hanya dengan pandangan saja kita percaya hawa nafsu akan menguasai dan syaitan mudah menggoda akhirnya mendorong mereka ke arah kancah maksiat.

Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi.

Dalam konteks hari ini lebih di kenali dengan istilah ‘khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa Allah melarang pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.

Percakapan atau perbualan yang dimaksudkan di sini ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak wasangka.

Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak untuk bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja.

Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutama sekali kaum perempuan.

Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya.

Menurut Islam hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata: “...demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.” (Riwayat Imam Ahmad)

Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.

Sentuhan di sini lebih bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menerbitkan keinginan nafsu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”

Dari hadis di atas dapatlah kita mentakrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.

sumber : mymetro

Giveaway | "love to look gorjes!"
• June 30, 2011 • 2 comments


sape kate aku takmo join GA nie..semestinye lah aku nak join..lebih2 lagi wartawan blog feberet aku nie merupakan satu daripada penganjur GA nie..weeewwitt! Lulu..im comingggg!!


ce teka :
- lipstick
- eyeliner
- blusher

haha..logik tak logik..aku teka based on tajuk je..
untunglah Ga nie penganjunyer ramai..kerjasama Lulu, pinkymomma and hasrisa..
dorang terbaekk!!

Tarikh Tutup : 11.07.2011...11 pagi.


sindir-menyindir amalan tak mulia
• June 30, 2011 • 2 comments


imej atok google


assalamualaikum korang!
hari nie nak bercerita lah sikit pasal sindir-menyindir nie..i am sure lah korang takkan terlepas daripada semua nie..betol x?

yes!wajib korang akan terkena sindiran org walaupun kamu nie seorang insan yg berhati mulia..iye dop?hish..jahat betol penyindir nie..nak kena tarik telinga nie..^^.

biasanya sindiran nie kadang2 ada yang biasa..terlampau dan kadang2 ada yg melibatkan maruah..tak mau tak mau..dosa kecik tu..sebab sindiran nie kadang2 merendahkan martabat org laen..

melaenkan nak suruh org tu sedar..tapi jangan lah sampai ter'ober' sangat..tak pasai jadi kes tarik rambut plop..lebih baek duk diam..kerana itu adalah lebih baek..tapi biasanya kalo dalam kalangan rakan kerja or kawan2 nie..sindiran nie hanyalah suke2..tapi kena tengoklah sindiran tu macam mane dan kena tengok gak org yg nak disindir mcm mane..

karang..putus plak persahabatan dek kerana kata2 tu..n_n
so..apa yg baek kite contohi..pe yg kurang baek..silalah jauhi segera..chauuu chin chauu!!



wordless wednesday (3)
Tuesday, June 28, 2011 • June 28, 2011 • 4 comments


aLhamdulillah..berakhirlah bloglist iLasuHaila..
• June 28, 2011 • 4 comments


fuhh..akhirnye ada feedback yg baek daripada korang semuaa..
terima kaseh banyak2 coz sudi join bloglist aku yg tak seberapa nie..
sambil2 kite berbloglist..sambil2 kite berkenalan dgn blogger2 laen..

aku da masukkan senarai blogger yg join bloglist aku nie kat sebelah kiri..
semua aku masuk dalam sayang iLa (1)..sayang iLa (2)..sayang iLa (3)..cek jgn tak cek..^^,

nextime nak try buat GA plak..sape sokong?hehe



update senarai blogger join bloglist ilasuhaila (TAMAT)
• June 28, 2011 • 9 comments

aku akan stop segmen nie sekiranya sudah mencukupi 30 list blogger yg join bloglist nie..
sila lah check nama korang..kot2 aku tertinggal..sebab sat lagi nak letak blog korang dalam bloglist ilasuhaila da..suke tak?suke la..6)____(6

15. Zie
26.yana


tak kire..bloglist ilasuhaila kembali lagi walaupun semalam tak jadi.x.X (TAMAT)
Monday, June 27, 2011 • June 27, 2011 • 34 comments

tadaaaa!!

okeh2..kali nie takmo maen2..sape nak join bloglist ilasuhaila..sila lah ikot syarat2 di bawah..boleh lah saling terjah-menerjah dan dapat kawan2 baru kan2..ngee

1.tepek banner kat atas nie dalam entry korang
2.tajuk "saya nak join bloglist ilasuhaila"
3.linkkan ke blog nie..
4. dah ciap?tinggalkan url korang dalam ruangan komen nie..

mudah jer..sape nak join..sila kan..sape tak nak join..pi maen jaoh2..senget! aku gurau je tu..

senyum banyak maknanye..
• June 27, 2011 • 2 comments

imej drpd atok google

wassup..haish..kat cni macam ada tanda2 nak hujan nie..*tibe2..
sebelom idea hilang..jom bace pe yg aku nak share kan..n_n

SENYUM adalah perhiasan dunia
SENYUM adalah bahasa dunia
yang menunjukkan keceriaan
membawa maksud bagi umat manusia
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat
membantu mengindahkan perhiasan lahir yang
tidak sempurna..
SEWAKTU kita berhubung dengan orang lain,
sewajarnya kita SENYUM
SENYUM adalah jalan pintas bagi anda
mengatakan anda menyukai seseorang
SENYUM yang kamu berikan kepada sahabat
kamu adalah satu sedekah..
SENYUM adalah jambatan perhubungan
persahabatan
SENYUM adalah satu pelabuhan yang pastinya
tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar
untuk SENYUM
SENYUM harus ada ketulusan
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak
menyenangkan, sama sahaja dengan kening yang
berkerut
Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan
menggerakkan hanya 15 otot manakala ketika
marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian
muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja
memerlukan pergerakan 40 otot untuk
bekerja..BAYANGKANLAH!!
Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan
Bila kita SENYUM kat orang, orang itu akan
SENYUM balik pada kita
Orang akan merasai dihargai apabila kita senyum
padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan
yang baik terhadap diri kita..Lantas, mengapa kita
tidak muliakan? Muliakan dengan diri kita.
SENYUMlah dengan orang yang anda tidak kenali
hari ini, insya-ALLAH dia akan membalas
SENYUMan anda itu.
Alangkah mudahnya membina rangkaian
persahabatan..William Shakespear ada
menyatakan..apa yang anda kehendaki adalah
lebih cepat daripada memotong lidah dengan
pedang adalah SENYUMan..
Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia
akan menggembirakan dan menceriakan hidup
anda
Bila berhadapan dengan keadaan susah,
SENYUMlah..
Bukankah ketawa yang sopan itu sihat?
Pujangga menyebut..”SENYUMan itu kelopak” -
tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya..
So..SENYUMlah selalu dengan ikhlas dan tidak
berpura – pura. Kerana yang bepura-pura itu
hanyalah mendapat sakit sedangkan orang yang
melihat SENYUManmu itu mendapat barakah..
Tapi AWAS!!! jangan menyalahgunakan
SENYUMan..bahaya



maaf..bloglist dibatalkan
Sunday, June 26, 2011 • June 26, 2011 • 2 comments

atok google

fuuhh..naseb baek xsempat korang join..kalo tak.niaya aku kena..
ce citer! sebab aku mybe tak sempat nak terjah korang kot..da nak buke sem baru..

jadi..kena ada preparation utk new semester nie..nextime la aku buat bloglist tu..
lagipom aku masih terkial-kial lagi nk buat bendo nieh..keno survey dulu la kat page org laen..

sedih jugak tak jadi buat..nvm..nxtime oke!



Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)
< Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: IlaaSuhailaa